Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Monday 21 May 2012

DHPP Kedah seru beri sokongan kepada PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

SUNGAI PETANI: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kedah berharap masyarakat bukan Islam memberi sokongan kepada PAS dengan menyertai DHPP seterusnya membantu mengekalkan PAS sebagai kerajaan di Kedah.

Pengerusinya, Tan Weng Fatt berkata PAS diharap terus menerajui kerajaan dan membawa negeri Kedah ke tahap lebih maju dan membangun.

Jelasnya, walaupun baru 4 tahun mentadbir, tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah memberi kejayaan yang banyak kepada manfaat rakyat.

Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan Khas Presiden PAS Bersama DHPP Kedah di Hotel Amanpura, di sini 15 April lalu.

Katanya, kejayaan paling utama adalah mewujudkan keadilan dalam sistem pemerintahan sekaligus memelahirkan masyarakat yang aman sentosa di mana erajaan telah bergerak dengan mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Perkara itu katanya, tidak berlaku semasa di bawah pemerintahan BN Kedah dan rakyat seharusnya merasa bertuah dan bersyukur untuk terus menikmati kehidupan harmoni dan selesa.


Menurut Tan lagi, kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak telah menunjukkan sikap bertolak ansur kepada semua kaum dan sentiasa mengutamakan rakyat.

Pun begitu, beliau kesal kerana masih ada pihak tertentu menghasut rakyat, memutar belit fakta dan menakut-nakutkan rakyat kepada PAS.

Tegasnya, beliau menjamin bahawa PAS bukan parti yang hanya menjaga kepentingan orang Islam sahaja, tetapi terbukti telah mengambilkira hal ehwal kaum lain di Kedah iaitu Cina, India dan Siam.

Sementara itu, Ustaz Azizan dalam ucapan menjelaskan bahawa beliau adalah Menteri Besar kepada semua dan bukannya kepada orang PAS sahaja.

Tegasnya, beliau bertanggung jawab untuk pastikan semua orang mendapat haknya. Ini kerana katanya, Islam tidak membenarkan kezaliman dan paksaan.

Kerana itulah katanya, kekayaan hasil bumi Kedah dimanfaatkan untuk kemakmuran negeri dan kepentingan rakyat.

Antara fokus beliau juga adalah kepada pendidikan kerana ia akan melahirkan masyarakat yang bernilai, berakhlak, bermoral dan bertanggung jawab.

Program ringkas tersebut berlangsung dengan penuh meriah dengan tarian singa dan paluan gendang dari kaum India di mana kelihatan semua hadirin gembira dapat bertemu dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


No comments:

Post a Comment