Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 7 August 2012

Kakitangan PAS Kedah maut kemalangan


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Tiada rasa lebih pilu dalam diri melebihi kejutan kehilangan insan yang banyak disayangi serta berbakti dan membantu.

Itulah yang menyelubungi perasaan anak-anak yatim serta kakitangan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Batu 9 (Daya) dan Kompleks PAS Kedah apabila kehilangan salah seorang kakitangan mereka, Fatimah Md Desa.

Fatimah, 49 tahun yang berkhidmat sebagai Tukang Masak Daya maut dalam kemalangan langgar lari di hadapan pintu masuk Kompleks PAS Kedah, jam 8.30 pagi pada 1 Ogos lalu. Sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggung jawab.

Selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, jenazah telah dibawa ke kampung halamannya, Kampung Telok, Bukit Besar, Kota Sarang Semut dan disemadikan di tanah perkuburan di situ selepas Zohor hari yang sama.

Arwahyarhamah meninggalkan seorang anak dan telah berkhidmat sejak Daya dibuka dua tahun lalu.

Orang awam yang melihat kejadian dipohon tampil memberikan maklumat untuk siasatan dengan menghubungi Pejabat Daya 04-7481126 atau terus ke Balai Polis berkenaan.

No comments:

Post a Comment