Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Saturday 3 November 2012

Umno abai SAR dan institusi pondok - Lajim Ukin



Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

SIK: Umno-BN bukan sahaja membiarkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan institusi pondok bergerak tanpa bantuan, malah menuduh kedua-dua institusi itu sebagai tempat penyebaran ajaran sesat, demikian diakui bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Lajim Ukin.

Ahli Parlimen Beufort itu menegaskan, kini beliau akan terus bersama ulama dan perjuangan ulama untuk membebaskan rakyat dari kezaliman Umno-BN.

“Umno tidak boleh diharap untuk jaga agama. Saya menteri zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan zaman Najib (Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak). Bila kita soal bantuan untuk pondok dan SAR, mereka kata, “Biar mereka (pondok dan SAR) cari duit sendiri”.

“Umur saya 57 tahun, saya tidak pernah jejak kaki ke pondok, ini pertama kali saya ke pondok. Semasa saya dalam Umno-BN dulu, saya diberitahu pondok tempat ajaran sesat,” ujar beliau semasa berucap di Madrasah Ar-Rahmaniah, di sini 2 November lalu.

Beliau hadir ke pondok pengajian itu dalam tujuan menziarahi tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa yang juga mudir madrasah berkenaan.

Kehadiran beliau disambut Tuan Guru Salleh dan turut diberi peluang berucap kepada penuntut dan orang awam yang hadir ke pengajian di situ.

Katanya, beliau meninggalkan Umno-BN demi berjuang untuk rakyat di mana beliau yakin Sabah dan Sarawak akan ditawan Pakatan Rakyat sekaligus Umno-BN akan kecundang di kedua-dua negeri itu.

“Gaji saya dulu lebih RM30,000, tapi tidak ada maknanya menteri kaya raya sedangkan rakyat miskin merana. Jadi saya menyeru semua berubah,” ujarnya penuh semangat.

Turut serta pada ziarahnya itu ialah Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik.



No comments:

Post a Comment