Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Thursday 20 December 2012

Momentum sokongan rakyat Kedah kekal



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Rakyat negeri Kedah telah memberikan isyarat jelas bahawa mereka akan mengiringi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan mendokong cita-cita ke Putrajaya sekaligus menunjukkan BN jalan persaraan, demikian menurut Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

Terang beliau, bukti itu diterjemahkan menerusi kehadiran mereka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini 7 Disember lalu.

Ujarnya, momentum rakyat untuk bersama mempertahankan Pakatan Rakyat selaku peneraju Kerajaan Negeri Kedah rupanya tidak pernah luntur sejak suntikan menerusi Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan Jun lalu.

“Kita lihat golongan muda kekal di hadapan dalam menyatakan sokongan mereka. Walaupun himpunan diadakan tanpa memberikan sebarang material, makanan dan sebagainya, tetapi mereka paling ramai menghabiskan detik sehari suntuk untuk himpunan itu.

“Orang awam juga datang tanpa perlu disediakan pengangkutan. Cuaca sedikitpun tidak membuat mereka berundur. Mereka kekal setia dari petang hingga berakhir malam. Malah, rakyat dari kalangan bukan Melayu turut hadir ramai.

“Rakyat sendiri yang telah membuktikan sokongan mereka untuk mempertahankan kerajaan ini. Mereka bersama Pakatan Rakyat untuk PRU13 ini,” ulas beliau.

Ujar Musoddak, lebih kukuh lagi apabila melihat Umno tidak ada isu besar mampu dibangkitkan melainkan isu-isu teknikal pentadbiran.

Katanya, dengan ‘pengalaman’ memerintah lebih 50 tahun, adalah sesuatu yang memalukan apabila Umno hanya memainkan isu teknikal.

Ketika sama jelas beliau, penyelewengan Umno-BN dalam pentadbiran lampau kian terdedah satu demi satu memperlihatkan sikap cabul mereka terhadap kepercayaan rakyat.

“Keyakinan rakyat sudah tidak dapat dibeli. Mereka hanya menunggu masa dan detik untuk meraikan pemergian Umno-BN dari arena politik negara,” ujar Musoddak yakin.


No comments:

Post a Comment