Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday 21 December 2012

PAS Pendang jawab tuduhan JKKKP



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PENDANG: PAS Kawasan Pendang menjawab fitnah yang dilemparkan seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) kononnya PAS mahu mengambil alih tanah pondok pengajian di Kubur Panjang, di sini.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Pendang, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman menegaskan, kes tersebut tidak ada kena mengena dengan PAS.

Jelas beliau, bekas Pondok Tok Guru Haji Don itu sebenarnya terbiar atas dua tanah waka di mana satunya wujud pengenalan hitam putih, manakala satu lagi wakaf ditarik balik setelah ketiadaan Tok Guru.

“Satu jawatankuasa dibentuk oleh masyarakat setempat dan bekas murid di situ untuk hidupkan semula pusat pengajian. Tidak ada hubung kait dengan PAS pun, tidak ada cadangan markas atau pusat khidmat bahkan PAS Pendang tidak tahu pun ada jawatankuasa nak hidupkan semula pusat pengajian ni.

“Tapak tanah wakaf untuk pusat pengajian adalah yang ada kebenaran hitam putih bukan yang telah diambil balik oleh waris.

“Jawatankuasa itu (berbuat demikian) memikirkan tidak molek kalau sudah diwakafkan tetapi terbiar tidak digunakan untuk sesuatu kebaikan untuk yang mewakafkan,” terang Dr Hayati.

Baru-baru ini penduduk di situ mengadakan bantahan mendakwa PAS akan mengambil alih tapak tanah wakaf tersebut untuk tujuan parti. Malah JKKK di situ turut mengetuai penduduk membuat laporan polis mengenainya.


No comments:

Post a Comment