Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday 3 February 2013

Markas Bukit Uhud beroperasi 24 jam



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Pelancaran Markas Besar PRU13 PAS Kedah bermakna Markas Pilihan Raya PAS peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) di seluruh negeri ini akan mula beroperasi 24 jam sehari, demikian tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin.

Ujar beliau, sejak 2 tahun lalu, Bilik Gerakan Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah telah pun bergerak kerja 24 jam.

“Markas ini kita panggil ‘Markas Bukit Uhud’ yang kita akan sentiasa menggerakkan operasi kita dan kita pertahankan. Tetapi kena juga ingat bahawa Markas Pilihan Raya di MTD dan UPU juga adalah Bukit Uhud di kawasan.

“Jentera parti, amilin dan askar-askar parti jangan tinggalkan Bukit Uhud ini. Mesti ada askar yang sentiasa jaga dan beroperasi. Insya-Allah jika ini yang dilaksanakan Allah pasti tolong kita disamping usaha kerja bersungguh-sungguh dan munajat,” tegas beliau pada Ceramah Pelancaran Markas Besar PRU13 PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 26 Januari lalu.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mengingatkan ahli PAS terhadap keyakinan yang dilontarkan Umno-BN kebelakangan ini untuk merampas kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

Katanya, keyakinan itu tentunya dengan melakukan tipu muslihat sebagaimana manipulasi daftar pemilih pada PRU11 dahulu.

Jelas Yusof, perkara itu sudah pun dapat dilihat pada Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Keempat 2012 iaitu bagi bulan Oktober hingga Disember yang menyaksikan lebih 21,000 pendaftaran baru. Dakwa beliau, daripada jumlah itu, hampir 20,000 didaftarkan oleh agen Umno-BN.

Jumlah itu katanya, agak mengejutkan dan tidak mustahil dilaksanakan oleh ‘task force’ tertentu dalam menyusun dan memasukkan pengundi ini ke dalam dun-dun tertentu.

Jelas beliau, jentera PAS sedang serius membuat semakan mengenalpasti pengundi berkenaan dan akan membuat bantahan kepada daftar yang meragukan.

“PRU juga sama macam peperangan, cumanya perang PRU tidak macam dulu, perang ini untuk tarik orang menyokong kita. Dahulu tetak pancung bunuh musuh, kalau tak dia pancung kita syahid. Perang sekarang saling tarik sokongan,” ujarnya menyeru ahli PAS semua peringkat memulakan gerak kerja.


No comments:

Post a Comment