Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 17 April 2013

Rakyat tidak hirau ugutan BN

Oleh AZAMIN AMIN

KUALA KEDAH: Rakyat sudah tidak takut dan menghiraukan lagi sebarang ugutan dan ancaman yang dibuat BN tentang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang jelas terbukti hanya dakyah semata-mata.

Bekas penyandang Adun Pengkalan Kundor Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi berkata kejayaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah secara harmoni selama lima tahun merupakan testimoni kepada rakyat untuk menolak BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Dulu rakyat ditakut-takutkan oleh BN bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah dan akan cetus huru-hara.

"Tapi yang berlaku sebaliknya. Kini mereka menggunakan taktik lama juga untuk menggugut rakyat...kali ini siapa pun sudah tidak percaya kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program secara santai dengan masyarakat setempat dekat sini, 8 April lalu di atas Treler Jelajah Merdeka Rakyat.

Turut hadir sama ialah Bekas penyandang Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa, penyandang Ahli Parlimen Kuala Kedah Dato' Ahmad Kassim, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ustaz Riduan Abu Bakar dan calon PKR bagi Parlimen Kuala Kedah Dr. Azman.

Dalam ucapannya juga, Phahrolrazi melahirkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang bertemu penduduk di situ dalam suasana penuh santai dan aman tanpa sebaran gangguan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Petang ini, saya rasa terharu dapat bercakap dengan tuan-tuan semua dalam suasana yang aman dan yang hadir juga tidak merasa takut.Ini tidak pernah jadi sebelum ini.

"Tidak seperti dulu, pelbagai sekatan, ugutan dan ancaman dibuat bagi menghalang mesej kita untuk sampai kepada rakyat," katanya.

Program petang itu yang bermula jam 5.00, dihadiri ratusan penduduk setempat di sekitar lot kedai Taman Bersatuyang dilihat sebagai acara 'pemanas badan' kempen Pakatan Rakyat menghadapi PRU-13.

Phahrolrazi berharap rakyat terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat yang sentiasa mentadbir secara telus dan adil kepada semua tanpa mengira kaum.

"Kita berkempen mengikut peraturan dan tidak sama sekali menggunakan jentera kerajaan sama ada kemudahan ataupun kenderaan.

"Selepas ini, usah terpengaruh dengan propraganda BN untuk takut-takutkan rakyat. Bn bukan segala-galanya dan hanya Tuhan yang berkuasa," katanya.

No comments:

Post a Comment