Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Saturday 3 March 2012

Dewan Ulama PAS Kedah teguh pertahan Kerajaan Negeri Kedah


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

LANGGAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyokong penuh dialog antara Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dan anggota Exco Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan berhubung segala isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini.

Ketua Ulama PAS Kedah, Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah berkata, hal ini berlandaskan arahan Allah Taala dalam ayat 38 surah As-Syura.

“Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka,” ujarnya menterjemahkan maksud ayat suci tersebut dalam satu kenyataan di Madrasah makarimul Akhlak, Pondok Haji Abdullah Kecil, di sini 2 Mac lalu.

Dalam kenyataan bersama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Harun Taib itu, Ulama PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Tegas Syeikh Mohamad, Ulama PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

Tegas beliau juga, Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.


No comments:

Post a Comment